Mesyuarat Agung PIBG SKK kali ke-30
JUTAAN terima kasih diucapkan kepada YB Tuan. Hj. Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu merangkap ADUN Telemong yang sudi hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKKP kali ke.30. Terima kasih juga kepada wakil PPD Hulu Terengganu iaitu Wan Afendi bin Wan Ahmad yang turut sama hadir. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG yang lepas di atas sumbangan dan khidmat yang telah diberikan. Tahniah kepada En. Rosli bin Mustapa yang dipilih sekali lagi sebagai Yang di Pertua PIBG SKKP untuk sesi 2011 dan 2012. Tahniah juga diucapkan kepada semua AJK baru yang dilantik dan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang demi anak-anak didik SKKP untuk menjadi cemerlang. Berikut merupakan suasana ketika Mesyuarat Agung PIBG pada 15 Mei 2011.